<body>
Khamis, Mei 14



Pertemuanku bersama Sheikh Redha bersama kawan-kawanku~
Mengingatkanku bertapa pentingnya untuk bertawakal..

Sheikh Redha adalah lepasan Usulluddin, Universiti Al-Azhar dan dalam masa yang sama beliau adalah seorang muaálim qiraat yang bersanad, masyallah~ Walaupun sheikh sudah tidak mampu untuk melihat dengan mata beliau akibat penyakit kencing manis yang menimpanya, beliau masih mampu mengajar Al-Quran tanpa perlu membukanya..Bayangkan Ilmu Qiraat yang mempunyai 10 jenis pembacaan dan belum lagi termasuk furu'nya, semuanya ada di dalam dadanya.... Allah! Inilah dia maqam ilmu yang kita inginkan..

Inilah ayat yang sering dipesan guru-guru dahulu ;)
العلم في الصدور ولا في الستور

Teringat apabila Adilah mengeluh kepada sheikh menyebut
إمتحان قريب يا شيخ أدعوني وإني أخاف
" Ya Sheikh, Peperiksaan sudah hampir, doakan aku, aku takut"

Dengan tenang Sheikh memberikan nasihatnya, "Jangan lah Takut, bertawakallah kepada Allah" Sheikh pun menenangkan kami, "Orang Mesir sukakan kejayaan, dan aku pasti Dr kamu mempunyai anak seperti kamu semua, pasti mereka inginkan anak mereka berjaya, sama seperti kamu juga"

Ya allah... Memang lah mudah untuk mulut berkata tawakal.. tapi di hati pasti belum seratus peratus, bukankah senjata seorang mukmin itu adalah berusaha, berdoa dan kemudian bertawakal. Namun kadang tahap tawakalku tidak sampai ke situ, mulut menyebut, hati masih resah...
(فَإِذَاعَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (آل عمران:159
(Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Al-Imran 159)

Kisah ini menambahkan lagi rasa jahilnya diri ini dan hina di sisi Allah dan menagihkan cintanya dan kekasihnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم ....

Sedangku menunggu giliranku untuk peperikasaan lisan (شفاوي)( Fiqh Muqaran-Fiqh perbandingan) di bilik periksa di bangunan qadim (lama) Universiti Al-Azhar, aku terkesima dengan kedatangan seorang yang tidak mampu melihat, buta. Aku menangis kesedihan, tak mampu lagi aku menahan sebak di dada. Kerana dalam kesibukan aku mengulangkaji dengan pelbagai pendapat dari banyak Imam-imam Fiqh ( semuanya 3 kitab) si cacat penglihatan ini tidak langsung memegang kitab, masuk ke bilik dan disusul oleh orang yang tidak dikenalinya yang membantunya. Subhanallah!! Allahu akbar.. Datang pula seorang mesir kepadanya membacakan kitab fiqh muqaran kepadanya, beliau mengganguk-angguk sambil menyebut kembali apa yang diajar.

Aku Malu dengan Allah dan Rasulullah صلى
الله عليه وسلم.... Di mana tahap tawakal aku sebenarnya ini??? Seorang yang cacat penglihatan mampu untuk bertawakal dengan hebatnya... Aku belum lagi Ya Allah...
Moga Allah memberikan kami keyakinan dan kejayaan~ Amin ya rabb!


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 3:17 PTG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah