Jumaat, Mei 29
Khabar gembira dari Singapura~
Alhamdulillah... Walaupun sudah 10 bulan aku tinggal Masjid Al-Mukminin, namun mereka yang pernah aku pimpini kini mengkhabar berita yang amik membuatku gembira... Subhanallah..
Apatah lagi jikalau yang berada beribu batu jauh dari aku ini masih lagi mengamalkan apa yang pernah aku tunjuk ajar... Walaupun sedikit sahaja, Alhamdulillah~
Perlu kita mengajak mereka untuk suhbatul ustaz.. Yang semakin hari semakin kurang dalam anak belia kami,Kini mereka mendapat bimbingan dari Shiekh Nuruddin~Alhamdulillah.. Gembira sangat ni.. Dulu pernah aku mengajak mereka untuk ke Masjid Baálwie untuk musahabah dengan para ulama' yang tidak jemu singgah di Masjid yang penuh barakah itu, walaupun tak semua aku mengajak, namun barakah nye tetap ada... Dan Alhamdulillah mereka yang ikhlas ke sana (bukan kerana aku mengajak) masih lagi kekal untuk ke majlis Ilm atau majlis Zikr.. Allahuakbar!
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.? (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi)
Sungguh para pengikut nabi dan rasul menyeru pula sebagaimana seruan mereka. Mereka itulah para ulama dan orang-orang yang beramal shalih pada setiap zaman dan tempat, sebab mereka adalah pewaris ilmu para nabi dan orang-orang yang berpegang dengan sunnah-sunnah mereka. Sungguh Allah telah menegakkan hujjah melalui mereka atas setiap umat dan suatu kaum dan Allah merahmati dengan mereka suatu kaum dan umat. Mereka pantas mendapatkan pujian yang baik dari generasi yang datang sesudah mereka dan ucapan-ucapan yang penuh dengan kejujuran dan doa-doa yang barakah atas perjuangan dan pengorbanan mereka. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya atas mereka dan semoga mereka mendapatkan balasan yang lebih dan derajat yang tinggi.. Amin Ya RAbb~
Para Belia bersama Sheikh Nuruddin Di Masjid Al-Mukminin, segak kan dgn jubah masing2 ;)

Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 11:49 PTG