<body>
Rabu, April 29


Alhamdulillah... Selama di Mesir ni.. Masih lagi belum puas berjuang... Medan perang fasal awal sudah pun berlalu.. Kini giliran fasal thani..Insyaallah tak lama lagi.. Bermuala dengan Imtihan syafawi 3 Mei Usul Fiqh dan berakhir dengan kertas terakhir tahriri Qadaya Fiqhiyah Mu'asarah pada 11 Jun... Semoga semua berjaya insyaallah Amin!!

Namun.. dalam masa berjuang ini.. Sempat aku mengambil kesempatan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kawan-kawan di sini.. Perlu rasanya untuk saling mengingati, dan menegur salah silap... Dan yang paling penting adalah memberi semangat yang tidak putus-putus untuk terus berjuang dan berjuang...

Teringat pada masa itu, setelah penat menghadiri kelas tuisyen di rumah kawan Brunei kami, aku pulang ke rumah bersama akhawat Malaysia.. mereka terpaksa menumpang tidur di rumahku kerana malam pekat di bumi Mesir ini agak berbahaya untuk keluar tanpa Musyrif. Suatu perkara yang ingin aku kongsi bersama ialah, sesi tidak formal tazkirah yang diberikan oleh sahabatku Nasyitah ini sangat menyentuh hati ku..

Ukhuwah............
Nasyitah kata...
Ukhuwah itu suatu anugerah Allah berikan sesama Muslim
Ukhuwah itu adalah ikatan aqidah antara Muslim.
Ukhuwah itu sangat mudah dilakukan namun
Ukhuwah itu juga sangat susah untuk dilakukan
Ukhuwah itu atas dasar Cinta kerana Allah
Ukhuwah itu Allah letakkan di hati
Ukhuwah itu menyatukan hati sesama Muslim

اللهم انك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت علي محبتك و التقت علي طاعتك و توحدت علي دعوتك . فوثق اللهم رابطتها و أدم ودها و اهدها سبلها و اشرح صدورها بفيض الايمان بك و جميل التوكل عليك و أحيها بمعرفتك و أمتها علي الشهاده في سبيلك.انك نعم المولي و نعم النصير

YA ALLAH,


Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...
Ainul Merinduimu juga Fatimah~
احبك في الله


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:52 PTG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah