Cinta... Cinta... Cinta pada alam.. Cinta pada binatang.. Cinta pada harta... Cinta pada makanan... Cinta pada manusia..Cinta pada manusia ni hah... Paling seronok nak dibahaskan..
Hmm.. Masih lagi teringat masa mengajar sambilan di Masjid Al-Mukminin,lanjutan 3, sebelum ke Al-Azhar, bila buka buku sejarah aja.. Hah.. Satu-satu pelajar lemau, mana yang tak kuasa dengar, mana yang sibuk sms, mana yang tidur.. takpa lah.. Remaja sekarang.. Datang masjid aja dah bermanfaat.... Ada barakahnya. Bila sebut "CINTA" whoah, Masyaallah tabarakallah.. Semangat benar! Wajah yang layu menjadi ceria, talipon di gengaman di endahkan, mata yang ngantok menjadi segar~ Hah, ni lah taktik yang bagus untuk berinteraksi dengan mereka.
Tapi Apa itu cinta? Apakah definasi cinta? Apakah hakikat cinta? Soalan yang sering kita dengar dan sering diungkapkan. Berbagai jawapan juga telah diberikan. Malah tidak sedikit cendiakawan dan para ilmuan yang cuba mendefinasikan cinta dengan berbagai cara dan kata yang mempersonakan.
Namun apa pun soalan tentang definasi cinta memiliki rangkai jawapan yang berakhir dengan satu jawapan iaitu cinta lebih agung dari apa yang didefinasikan. Cinta hakiki.. Cinta Allah dan Cinta Rasulullah صلى الله عليه وسلم..
"Alah ustazah.. Boring lah.. Asik-asik cinta Allah cinta Rasul صلى الله عليه وسلم." Hmm.. Pelajar-peljar merongot.. Hahah.. Tapi apakah ikatan Cinta allah dan Cinta Rasulullah صلى الله عليه وسلم?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sungguh sedih, umat nabi muhammad صلى الله عليه وسلم sekarang ini banyak lalai dek arus dunia komodenan. Bila lagi kita mengikut sunnah rasulullah صلى الله عليه وسلم? Bibir megah berkata aku cinta rasul صلى الله عليه وسلم tapi apa buktinya??
Kalau mereka yang berkasih.. Sebut aja apa.. Semuanya akan dibuat.. Kalau pun duit itu tak cukup untuk pergi dating.. Sanggup simpan duit, tak makan, untuk keluar dating sama. Kalau nak bangun malam solat tahajjud, sanggup bergantung berjam-jam di talipon bersama dia. Kalau si dia ingin kan sesuatu yang disukai, sanggup diredangi sungai api untuk mendapatkannya.. Pendek kata apa yang dibuatnya sang pencinta itu menunjukkan bukti cintanya..
Hmm.. tapi kita ni benar-benarkah cinta rasulullah صلى الله عليه وسلم?
Marilah kita hidupkan sunnah rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan semampunya kita.. Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri tidak menyukai keterlaluan..kesederhanaan itu adalah yang sebaiknya hadis riwayat Aisyah mengenai tiga orang sahabat di mana di antara mereka ada yang enggan tidur dan hanya ingin bertahajjud, ada pula yang ingin berpuasa tanpa berbuka, dan ada pula yang tidak mahu bernikah. Kemudiannya Rasulullah SAW menegur mereka dan menyatakan itu bukanlah sunnah baginda.
Jadi, bagaimana nak cintakan rasulullah صلى الله عليه وسلم?
Banyakkanlah hadiri ke majlis ilmu, walau sesibuk mana, majlis dzikr juga.. Semua anggota badan kita ada hak.. Kalau mata haknya tidur, perut haknya makan.. Jadi hati pun perlu hak dia kan? Dzikr dapat melembutkan hati kita.. " الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Wahai pembaca, ilmu itu penting.. carilah ilmu di mana saja,baik di Politeknik, ITE, Universiti tapi jangan sekali-kali kita meninggalkan sunnahnya, kerana itu membuktikan cinta kita padaNYA.
Kalau di Mesir ni, yang seronok nya ada sahaja majlis Ilm seperti shahih Bukhari, shahih Muslim..Di Masjid Azhar dan tempat-tempat lain, Rebutlah peluang selagi masih mampu~ Kalau nak cintakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mestilah kena tahu segalanya tentang dia.. Betul kan?
Kami dapat merasai sendiri sistem talaqqi sebagaimana yang sering kita baca di dalam kisah ulama’-ulama’ silam. Sistem ini memang membantu kami untuk memahami banyak perkara. Selain dari mendapat ilmu, kami juga diajar untuk beradab dan bersopan dengan ulama’. Memberi khidmat kepada mereka seolah-olah satu perlumbaan.
Tapi tak kurang hebatnya juga kalau mereka di Singapura.. Banyak ceramah ada kat Masjid tu.. Hah tunggu apa lagi.. Aku yakin kalau kerana cinta.. Pasti semua nye boleh!!! Nak cari majlis ilmu pun di mana-mana ada... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Jadi bila kita berilmu.. Kita lebih tahu bagaimana nak cinta Rasulullah صلى الله عليه وسلم...
Pada sesiapa yang ingin berubah, nak taubat ke.. nak melembutkan hati.. Yang paling penting dan banyak kali dinasihatkan oleh para ulama' ialah janganlah kita lazimi hati kita dengan mendengar lagu.. Memang lah payah "Music is the new drug" jadi kalau tak boleh buang.. Pelan-pelanlah usaha untuk membuang nya.. Mungkin tukar dengan lagu nasyid ke.. Lagu qasidah ke.. Hehehe.. Insyaallah.. allah lebih mengetahui isi hati kita.. Hatta aku pun susah untuk melakukannya..
Marilah bertaubat selagi sempat.. Banyakkan menangis dari bergembira.. Diriwayatkan Khalifah kita.. Sayidina Umar bn Khattab, pada wajahnya ade bekas hitam di dua belah pipinya.. bukti beliau banyak menangis.. Kita?? bagaimana?? Beliau yg dijamin masuk syurga.. Seorang khalifah yang sangat tegas, tapi hatinya lembut selembut sutera.. Hamba pula??? Ya allah.. Ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu-bapaku.. Serta semua kenalanku.. Amin Ya rabb..
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 9:36 PTG
Kata-kata Hikmah Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia