Lame sangat tak blog rasenya... Pertama sekali ana mintak maaf yer alima, ana tak dapat update last post di Singapura.. Hmm.. nak katakan sekarang masih lagi tak ada mood untuk blog~ Haiz... Al-Maklum lah pinjam internet ahli bait.. Hee.. At least ana tak camping kat rumah orang yer wahai penduduk masya allah...
Ok lah nak cerita sedikit sebanyak pengalaman orientasi di Markaz Perkemas.. Mula-mula masuk markaz.. Whah... Hati gembira kerana suasana ala Singapura, tapi sedihnya.. kami pelajar baru ini adalah sangka kan Markaz ini besar mana, rupanya...... Biasa aja.... dan kami akhirnya tidur se"hall" ala sardin.. Wee~ seronok sangat... Dari sini aku mula mengenali ukhuwah.. Aiywah!!! Percayalah wahai pembaca sekalian, memang benar hadith rasulullah s.a.w tentang safar bersama kawan untuk mengenali mereka.. Aw kama qal..
Selain itu, bukan sekadar ditindas otak, dicabar minda, digugat kebolehan dan yang sewaktu dengannya di orientasi Singapura oleh AJK PERKEMAS.. Di mesir pun ada ya... Alahai... Al Kisah kedua.... Rasanya dengan program-program yang diadakan oleh mereka, lagi-lagi ustaz noor derus.. Terus membuat aku kecut, kecil, kurang dari segi ilmu dan segalanya.. Masyaallah.. Dhaif giddan ya'ni.. Masyh... Haiz... Namun begitu, sedikit sebanyak membuat kami sedar akan kelemahan kami dan insyaallah dalam process untuk memperbaiki segala yang patut.. Hehe..
Aktiviti yang paling aku gemari ialah rehlah!! Wwee.. Seronok dapat ziarah tempat-tempat bersejarah..
Bersambung.........
Seronok sangat sebab dapat ziarah maqam Imam Syafie rahimahullah~ Macam tak pecaya gitu, aku menjejaki di maqamnya... Diriku ini haqirah walfaqirah indallah... Ilmu beliau tidak boleh ditandingi dengan aku ni.. Haiz... Terdapat kapal kecil di atas kubah masjid, itu adalah simbol (ramzun) imam syafi'e yang merantau.. dahagakan ilmu... Masyaallah.. Banyak lagi maqam-maqam lain yang kami ziarah seperti, Rabiatul Adawiyah, Imam Waqi' (guru Imam syafi'e), Syeikh Zun Nun Al-Misri, Fatimah Hussein dan banyak lagi.. Alhamdulillah......
Dah rehlah-rehlah... Ijraat jangan pula dilupakan.. Sebenar-benarnya memang objektif utama orientasi ialah mengurus ijraat kami.. Hmm.. Nak register masuk Azhar ya'ni... Alahai, berdegup kencang jantungku.. Nak berdepan dengan orang-orang arab ni.. Masyaallah.. Tahan sabar aja ye aku.. Sehinggakan kali ketiga baru Ijraat kami berjalan lancar.. Nak ke Bu'uth dah lah kene siap pepagi~ Bayangkan yang di markaz ada 20 manusia.. Tunggu giliran untuk ke bilik mandi.. Allahu akbar!! Kesimpulannya... Kita kenalah banyak bersabar.. Baik sangka..... Ijraat banyak mengajar kami dengan DUNIA mesir... Kirakan preview of what we're ging to expect in 4 years time.. Whoah.. Lame tuh..
Selesai orientasi.. Yeah!! Dah boleh pulang ke baiti jannati Nabil.. wee.. Daur Ardh yer rumahku.. Alhamdulillah sepanjang aku tinggal di sini, belum sempat lagi berkenlan dengan Cik ti.. Haahaha.. Malu kot dia.. Takpe.. Tak nak kenal pun tak apa yer.. Cik Li memang dah jadi kawan rapat.. Aiyo.. Teman-teman serumahku masyaallah rajin-rajin belaka... Aiman, Hakimah... Khuzaimah teman sebilikku.. dan tak lupa juga Ummi.. Ah.. Ni seronok sedikit.. Kerana sibuk aku ke dars dan pulang lewat.. Ummi pasti menceriakan lagi hidupku dengan masakannya.. Whoah.. Bila nak pandai masak ni aku..
Cakap pasal dars.. Di sini.. hamdanlillah, banyak kelas-kelas yang boleh aja kita ikut serta.. Nak seribu daya tak nak seribu dalih aja pendek kata.. Aku dah mula berjinak-jinak dengan kitab turath.. Allah.. Pelan-pelan kayuh.. Sessunguhnya allah bersama orang-orang yang bersabar.. Insyaallah~ Syeikh Hajin yang mengajar di dars menggunakan bahasa yang boleh difahami.. Namun memandangkan diriku yang serba kurang ni.. Rasanya perlu sangat-sangat kakak seniors bersama... Syukran Kak Izzah, Raihana, Hafizah dan yang sewaktu dengannya...
Ada lagi nak kongsi ni.. Di sini selalu buat Burdah tau.. Best!!! Dari menyanyi Siti Nurhaliza.. Kita boleh aja sama-sama rapatkan ukhuwah dengan banyakkan selawat pada Rasulullah Sallalahhu alaihi wassalam.... <3 Ukhuwah fillah..
Setakat ni ajalah yang mampu aku mengarang blogku... Bahasa ku pun tak seindah mana.. Pada belia Al-Mukminin, teruskan perjuanganmu yer.. Ramadhan kali ini pasti lebih bermakna.. Allah melihat usahamu.. Insyaallah.. Jangan fikirkan apa orang kata k.. Kalau rasa nak give up.. Ingat akak dulu.. Hahahha.. Pada Ayah, Ibu.. Babang n Munir... Ainul di sini serba lengkap insyaallah.. Doakan selalu..
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 2:51 PTG
Kata-kata Hikmah Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia