<body>
Isnin, Julai 14


Rasa nya klau tak kerana teman ku... adilah~ rasenye tak update lagi blog..
Alhamdulillah kerja ku belum selesai lagi.. Al-Maklum lah...Kalau ade event tu.. Sebelum nak event, preparation masyaallah.. Selepas event, haiz~ lagi banyak kerja yang perlu diselesaikan...

Bila event di jalankan pula.. pelbagai ujian yang menimpa.. Di situ lah aku mengenal erti kesabaran.. Lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ketua.. Kita tak boleh bertindak mengikut emosi.. Mesti harus tenang dan berfikir sebelum bertindak.. "Decision" ataupun keputusan last minute pasti berlaku di saat-saat genting.. dan apabila terjadinya suatu yang tidak diingini, kita harus bertindak secepat mungkin... Keputusan mesti dilakukan oleh ketua sendiri.. Jangan sekali-kali kita meminta orang lain untuk membuat keputusan.. Itu menunjukkan kita bukanlah seorang ketua yang bijak!

Erm~ ni adalah apa yang aku pelajari sewaktu bertugas lah yer.. Saje ingin berkongsi.. Tapi aku ingin juga meluahkan sedikit perasaan sedih ku ini...

Khas untuk teman yang mengenali diriku ini~
Wahai teman... Aku ingin sekali meminta maaf di atas segala apa yang pernah aku lakukan.. sama ada belum berlaku, sudah berlaku ataupun akan berlaku.. Maafkanlah aku dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.. Aku tahu aku insan yang lemah dan dhaif sangat-sangat.. Apatah lagi fakir, miskin dan hina di sisi Allah... :'(
Selama aku berkerja, aku jarang memberi masa untuk teman sekalian.. Jgn dikatakan teman.. Hatta keluarga pun aku kurang memberi perhatian.. Namun begitu.. Apa yang aku lakukan adalah bukan untuk membuang masa di luar sahaja.. Aku sering teringat dengan hadith rasulullah s.a.w " orang yang bagus itu adalah orang yang dapat memanfaatkan dirinya dan orang lain"aw kama qal...Hee~

Jadi, nak katalah.. Aku sebenarnya rindu sangat-sangat dengan saat-saat manis kita bersama di kelas.. Mahupun wak tanjong.. irsyad.. silat perguruan.. ataupun national, belia-belia masjid mukminin, alfalah, assyafaah, istiqamah dan yang sewaktu dengannya..
Ukhuwah yang terjalin memang membawa seribu kenangan... Haiz~ emosi lah seh.. Apa-apa pun.. Selagi mana yang aku dapat meluangkan masa untuk bersamamu teman... Insyaallah aku akan usahakan mana yang mampu.. Akhir kalam untuk post ini..

Erti Persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala...

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci...
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa...


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 10:04 PTG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah