<body>
Selasa, Mei 6


Happy Birthday Kak AINUL~~~

Whoah........Tidakku sangka, ramai juga yang mengingati hari kelahiranku... Waktu itu aku dan belia Masjid Al-Mukminin baru sahaja kalah dari perlawanan sahabat "Netball" antara Madrasah Wak Tanjong dan Cenderawasih Al-Mukminin. Namun, ianya bukan sahaja meninggalkan kenangan yang manis, ia juga merupakan kenangan yang teramaaaaatlah indah untuk sama-sama meraihkan hari jadiku bersama mereka. Kek coklat dibelikan oleh jaja dan bedah~ Haiz~ kesian tau mereka, merentasi air bah... Heee~ diceritakan tempat menuju ke sekolah Wak Tanjong itu banjir, mereka pun merentasi lautan sementara yang berparaskan lengan DEMI untuk menyambut hari jadiku.. Awwww.. So Sweet, to bedah n jaja... Akak saaayaannng kamu.... Sanggup menjunjung kek tinggi, kerana takut basah.. Baju basah kuyup kan hari itu... Alalalalala... Kesiannya...

Buat pertama kali hari jadiku disambut, selama 21 tahun aku hidup di dunia, tidak pernah adapun aku menyambut hari jadiku dengan di'sabo' kek coklat di muka ku yang rupawan ni... hahahakz... Nisa!! siap kamu.. Walaupun birthday mu dah lepas... takpa2.. bayangkanlah pembaca sekalian.. Setiap nafas yang diambil anda akan bau kek coklat.... Bima'na???? Ah, org yang pandai aja yang tau apa aku maksudkan...

Aku bersyukur, kerana mereka ini membuatku seakan raja sehari.... Aku dimanjakan dengan ayam ARNOLD... tambahan lagi fries plate yang masyaallah tak terkata.. :'( Hmm,nak lagi aisyah...... Hmm.. Kami beruntung kerana ada kenalan di sana, dapatlah discount.. Bagus kan2??

Alahai~ Makin gemuk aku dibuatnya kan... Tak apa lah, berhenti sebelum kenyang... Hee... Selepas itu, kami pun ke Kallang Netball Centre, fuhyo... bila tengok masjid-masjid lain beraksi main "netball" kecut lah seh.. Mereka ni handal dan power2 belaka.. bukan calang-calang orang tau.... Cenderawasih hanya mampu main futsal akhirnya... Hahahakz... kerana kami tidak mengambil bahagian.. tetapi yang penting kami semua seronok!!!

Dan kisah pahitku bermula di sini......................................... ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas permainan itu. Waktu maghrib.


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 2:29 PG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah