Selasa, Februari 26
Aku tak tahu mengapa fikiranku semakin hari semakin kusut~ bukannya aku sesibuk artis atau penyanyi, tetapi otak yg tiada henti berfikir menjejaskan diri sendiri.. Haiz~
Ada sehari tu, ketika aku lagi belajar membawa kereta ataupun praktikal.. Sempat lagi aku fikirkan masalah belia di masjid.. Dan dalam waktu kritikal sedang membawa kereta aku tidak dapat memberi sepenuh konsentrasi dan hampir aku langgar kereta sebelah..
Aku dimarah teruk oleh guru keretaku, airmata boleh sahaja menitis namun aku mengambilnya dengan positif!!
Masalah demi masalah.. Aku tempuh dengan cekal hati! Sungguh allah tidak akan memberi ujian kepada hamba yang tidak mampu, dengan itulah aku berpegang..
Jikalaulah mereka di sana memahami akan diriku ini, sungguh mudahlah kerja aku ya! tapi ini semualah yang membuat aku menjadi lebih matang..
Mengapa sukar bagi mereka mengenali diriku yang hina lagi dhaif di mata allah?
Aku amat menyayangi mereka, namun bak kata pepatah ''Tak kenal maka tak cinta'' bukan?
Berilah aku peluang...
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 11:26 PTG