<body>
Jumaat, Januari 11


Wah~ baru seminggu aku bekerja di sini sudah banyak pengalaman yang aku dapati... Hee... tak sempat pun nak fikirkan tentang Jebat.. Haiz~ Takpelah Lain yang tunggu lain yang datang betul tak Ct?? Hahakz.. Yang penting hariku kini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sihat.. Kuang3..

Pengalamanku bekerja sebagai ketua pegawai belia masjid memang sungguh menarik... Seronok juga nak katakan... tapi tak semuanya indah tau pembaca sekalian.. Erm.. Cerita sedikit lah pengalaman ni... Khas untuk temanku yer~ Nak sangat ana updata blog.. hee.

Mula-mula kerja, bila masuk pejabat malu semacam.. Tapi aku beruntung lah juga ada yang dah kenal lagi-lagi ustaz Firdaous, sampai sahaja aku di bawa sekeliling oleh Senior Executive Officer ku.. Hmm.. Boss lah kire kan.. Ok puas dah jelajah satu masjid (besar lah plak) kini aku diberi tempat untuk bekerja~ Pheee wiit.. Dapat meja sendiri.. tak terbayang lah kan.. Tapi 'adilah, ana tak pakai high heels k.. Kat masjid lagi tak pakai kasut terus. Hahaha..Aku pun mula lah kemas-kemas sedikit mejaku dan kini dah dipenuhi segala macam benda, baru seminggu!!
OK cukup untuk hari pertama...

Dah masuk hari-hari kemudian.. Dah agak tinggi sedikit tahap 'sibuk' aku... Mana nak cari idea baru, nak fikirkan design, t-shirt, permit, sponsors, makanan, proposal, approval.. Ya allah banyak lah pulak.. Tak sangka tau begini.. Kemudian aku dipanggil oleh Chairman, Haiz~ Maha seram masa tu.. Aku punya lah pandai tak bawa apa-apa pun masuk bilik mesyuarat.. Berlenggang.. bagus kan?? Dah itu bila nampak yang lain bawa kertas.. aku malu sendiri minta diri sekejap pergi ambil barang.. Hahah.. Malu tahap maksima... K mula mesyuarat.. Alahai~ Dah macam-macam pula dia suruh aku buat.. Nak ini lah, itu lah.. Boleh ke aku buat semua kerja itu.. Bila aku minta tolong dengan BOSS.. "Kejap Eh" ah gitu je lah dia jawab.. Akhirnya aku yang buat sendiri.. Ya allah bantu lah hambamu ini.. Aku bersyukur ada lah Ustaz Firdaous bantu aku.. Lagi-lagi kita ni berjiran.. Sempat MSN sebab tak nak BOSS dengar.. Bagus kan.. hee.. Kadang boleh main-main..

Pengalaman lain, aku sempat berjumpa dengan belia-belia di sini.. Hamdanlillah mereka boleh juga menerima aku sebagai ketua walaupun aku masih baru.. Tapi mereka ni ramai yang muda-muda dari aku.. Wasim juga, tergugat pula imanku... Hee.. tapi budak-budak lah kan~ Hee... Peramah lah juga....Hmm.. Selain itu... Aku bukan sahaja boleh mencuci mata.. (Eh! takdelah)... tapi kadangkala kena lah angkat panggilan kan~ Al-kisah.. Jadi kaunselor tau sekejap.. Makcik ni ade masalah rumah tangga... Haiyo aku ada lah sibuk beritahu dia yang aku jabatan lain.. Tapi makcik ni apa kesah.. Jalan terus je cerita takda noktah.. Hahakz.. Dah itu, jadi pula receptionist kejap.. Ada yang nak beli buku.. Tanya kelas syarahan.. Macam-macam lagi lah...

Tapi ni paling seronok... dan WAAAAAAjiibb untuk aku beritahu kamu semua~ Kalau dah penat sangat atau dan nak pecah otak fikirkan kerja.. Boleh lah singgah kejap di kelas tadika.. Hah!! Seronok! Lagi-lagi kalau ada yang hari jadi budak-budak, sibuk bahagi-bahagi makanan.. Kek Hello kitty lagi~ Seddaaaapp.. Percuma tau... Dapat hadiah pun!! Hah! Kalau rasa nak bunuh diri pula.. Bila naik tingkat atas ada playground.. So tak sempat nak bunuh diri.. Hati pasti berubah.. HAh.. bagus kan masjid sebegini.. Semuanya ada... Ok lah.. Sampai sini aja aku boleh cerita.. Lain-lain kalau ada lagi menarik aku bagi tau alright~ Oh ya.. aku dapat undangan untuk jamuan di Grand Hyatt Hotel.. Tapikan 'Adilah~ ana malu... Tak nak pakai high heels.. So aku tolaklah undangan itu.. duduk rumah rehat lagi indah.. Heee... Begitulah pengalaman semingguku......

~ T A M A T ~


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 3:02 PG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah