<body>
Ahad, Januari 6


Sebenarnya aku bukan lah sibuk sangat.. Tapi sejak akhir ni fikiran kusut sedikit~ Mana nak fikirkan kerja... Silat dan kawan dan macam-macam lagi ler.. Dan dengan itu mood nak blog pun hilang~ lagi-lagi cakap tentang Jebat nak kena tangkap mood kan?? Hahakz... Ok lah kali ni aku tak nak sambung lagi.. Biarku akhirkan cerita ini kali ini...

Abg Yat menuju ke arah Emy...
Abg Yat: Emy, kau ngan Jebat ada apa2 ke??
Emy: Eh tak adalah Cikgu.. Kawan aja
Abg Yat: Ah.. Kan aku dah cakap, Si Ainul tak pecaya...
Emy: Kenapa Cikgu??
Abg Yat: Takda anak murid aku ni sukakan Jebat, dia suspect kamu dengan Jebat ada pape..
Emy: Kita kawan aja, mane Ainul?? Ouh... Ainul Suka Jebat Eh??

Malini dan Kak Mas pun mencari aku... Mereka sebenarnya masih tak percaya yang aku ni ade hati dengan Jebat... Heee...Nasib lah bas pun tiba tepat pada masanya..Aku pun menaikinya, aku duduk dekat dengan tingkap... haiz~ tiba-tiba kelibat Jebat muncul ketika aku sedang khayal melihat pokok-pokok.. berbasikal lagi.. Aku rasa dia ingin pulang ke hostel dari kantin..
Alahai~ Hati ni melonjak gembira sangat lah kan... Tuhan sahaja yang tahu...

Esok hari di mana hari yang terakhir pertandingan silat di adakan...aku sarapan pagi terserempak dengan Kak Mas semasa beratur mengambil makan...Ya Allah~ Rupanya dah sebar satu kampung... Lebih tepat lagi Kampung Team Malaysia... Bagus lah tu..

Kak Mas: Sambil senyum... Ainul, mata jaga eh!!

Aku punya lah malu.. tak terkata sampai tak selera langsung tau nak makan pagi tu.. Akhirnya aku terus ke tempat duduk bersama kawan lain...kemudian kami terus ke gelanggang... Dan kali ni hari akhir kami bertemu.... Aku terfikir sejenak untuk melakukan sesuatu kerana aku pasti tidak akan bersua lagi.. Dan saat yang aku miliku masa itu amat berharga, erm...Jadi aku beramal mesra dengan Emy.. Malini dan Kak Mas... Kami borak-borak di bilik medik.. Masa itu Abang Rafili baru sahaja memenangi tempat pertama...Dan dia ada di situ juga... ade cedera sedikit... Aku ni konon lah ada juga cedera, jadi masuk bilik medik untuk ais kaki aku.. Heee... Berbual lah dengan Emy dan kawan-kawan dia, cakap tentang Jebat...

Al-kisah.. Jebat tak nak main Silat lagi, nak sambung belajar sains sukan di Perak untuk 3 tahun.. Haiz~ Sedih kan.. Macam gini aku tak dapat lah nak jumpa dia lagi~ Argh!!!
Aku pun cerita lah sedikit tentang diriku pada Emy semua.. Hee.. Bebual dengan Malini... Mereka ni peramah tau.. Emy dari Sabah.. Telo bebual pun semacam..
Dah habis ais kaki, aku kembali ke tempat duduk Singapura.. Dan dalam kejutan aku, Si Emy ni lagi bebual dengan Jebat... K best... Aku bukan lah jeles ke apa... Tup-tup.. Aku dipanggil olehnya...Rupanya si Emy ni gi report kat Jebat!!! Aiyoh... Tahap maksima ler malu che' tak boleh angs tau!!

Kejutan Pertama~
Emy: Ainul...Mari jap..
Aku: Erm.. Apanya?
Jebat: Hai~ Sambil senyum (Ok aku cair jap)
Emy: Takda Jebat nak bebual
Aku: Huh??
Jebat: Tolong tulis di sini...

Lah~ Aku GEMBIRA sangat masa tu.. Dia mintak no. aku!!!Segalanya... Address dan yang sewaktu dengannya.... Aku pun beri dia lah kan.. Tapi... yang aku pandai sangat ni.. Aku tak mintak dia punya.. Sebab aku terkasima dengan segalanya pada dirinya... dan kejadian yang menimpa diriku saat tu.... jadi, pendek kan cerita aku duduk balik lah tempat aku...

Kejutan Kedua~
K masa ni pula dah nak penutup gelanggang tau, jadi ramai lah juga tukar-tukar baju dengan opponent masing-masing...Dan masa tu Jebat melihat aku dari arah jauh~ Kemudian niat hati nak tukar baju dengan dia.. Tapi malu kan.. Jadi aku punyalah terperanjat apabila tiba-tiba dia lihat ke arah aku, apa lagi.. aku pun ambil kesempatan untuk minta baju dari dia...dari jauh aku beri dia 'sign languange' minta lengan panjang... Kemudian, dia datang ke arahku, dan memberikan aku baju berwarna putih lengan panjang.. bercap malaysia serta cap Sea Games 07... Wah~~~ Dunia terasa Indah seketika...

Erm.... Dah lah... Yang lain aku rasa tak perlu untuk cerita... Tapi yang pasti Cintaku berakhir di Korat sahaja.. Kerana sehingga kini aku masih menanti... Tiada khabar darinya, aku pun tiada cara untuk menghubung dengannya... Dan kemungkinan besar Kertas nombor taliponku hanyut dengan banjir melanda di Pahang.. Negerinya~
Aku pasrah..................................................................



Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:23 PG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah