Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian....Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri....
Hmm~ Harap kontroversi yang berlaku sekadar memberi peringatan pada semua.. Mahupun yang terlibat dan yang tidak terlibat... Mungkin pada mereka yang dikaitkan dengan tidak melakukan kerja, janganlah dijadikan isu... Sungguh menjalankan suatu acara memerlukan kerjasama baik ahli jawatan kuasa mahupun sebagai ahli sahaja, mungkin kepayahan kamu tidak dapat aku gantikan tetapi yang penting ikhlas. Sebetulnya jikalau dalam satu persatuan bersatu hati.. Insyaallah semuanya pasti akan berjaya, sekiranya diberikan tugas.. Sama-sama lah kita lakukan.. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing..
Kebencian Tidak Dapat Dimusnahkan Dengan Kebencian Melainkan Dengan Kasih Sayang. Janganlah kejadian yang sudah berlalu ini merenggangkan perhubungan antara kita. Aku sama sekali tidak menyukainya.. Kerna segala apa berlaku memang aku lah orang yang harus dipersalahkan.. Buanglah segala sifat hasad dengki.. Hipokrit.. Tohmahan dan segalanya yang buruk.. Sungguh! Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain~
Kepada semua.. Janganlah kamu berpuak-puak, apabila bersama kamu mengata tentang hal orang... kamu mempersendakan mereka... mengutuk mereka, ketahuilah kamu sedang memakan daging saudara kamu sendiri, dan orang lain pasti melakukan yang sama terhadap kamu tanpa kamu sedari.. Renungkan lah~ Buat diri ini dan untuk semua yang membaca..
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 10:24 PG
Kata-kata Hikmah Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia