<body>
Selasa, Julai 10


Hari ini aku pulang bersama rakanku tan nurul dan hidayah.. seperti biasa aku akan menaiki MRT gerabak paling hadapan... Kali ini kelihatan tempat duduk agak sesak sedikit.. namun tetap ada kosong di beberapa tempat duduk.. Aku tidak pula ingin untuk mengisi tempat tersebut kerana mungkin yang ada cuma tempat bersebelahan seorang lelaki berkaca mata yang agak besar saiz nya... Heee~ Maka tidak kesampaian cita-citaku untuk duduk.. Hmm.. Tak apa lah..

Selang beberapa stesen MRT kemudian.. Dua dari penumpang MRT turun, lalu diisi pula Tan dan Hidayah... Kini aku seorang berdiri di tengah-tengah gerabak.. Aku mengeluarkan buku berkulit keras tulisan Dr Aidh Al-Qarni untuk membacanya.. Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki berkaca mata tadi sedang berbicara dengan nada yang agak tinggi.. Aku menoleh... Hello.. ayoyyoyoy... " Hey you.. stop! " Sangkaku dia sedang berbual menggunakan "gigi biru".. haha, tetapi apabila aku memerhatikan betul-betul.. Tidak pula ada apa-apa yang tergantung di telinga nya... Hmmm.. Fikiran ku melayang sejenak.. Dengan tidak syak lagi hati aku berbisik.. Orang gila kot~ alamak.. seram lah pulak..

Aku terus membuka perbualan bersama kawanku.. Mereka kelihatan gelisah mendengar suara tinggi lelaki bersaiz besar itu....Kami yakin dia seorang gila.. Ishh.. Sepanjang perjalanan itu aku ditemani suaranya yang asyik memekik.. "Hello.. ayoyoyoyyyy " dan juga sedikit bahasa cina.. Tidak cukup itu sahaja.. Dia asyik berbual tentang pemerintah Singapura, tentang undang-undang dan kadangkala bermaki hamun! Ya Allah~ Sesungguhnya.. Kami bertiga dalam ketakutan yang begitu menguji kesabaran... Bayangkanlah, duduk berhadapannya... Di tengking-tengking dengan kuat sekali sehingga boleh didengari penumpang seluruh dua gerabak itu... Di pandang orang lagi~ Aku yang membaca buku pun boleh hilang tumpuan kerana ketakutan.. Hee.. Hati ku berdoa tanpa henti... Namun begitu kami tidak pula beralih tempat! Bagus kan~

Akhirnya.. Sampai sahaja di Queenstown dia menuju ke pintu... Tapi kali ini lagi menyeramkan!! Dia bangun dari tempat duduknya, kemudian memarahi "seseorang" di mana tidak ada orang pun di situ.. menuding jari sambil berkata.. "YOU... &*(&%^*(%*!@!!!" puas menengking.. kini senyap seketika... dan pintu terbuka.. dia tidak kelihatan... Beberapa minit kemudian... Pegawai MRT tiba di gerabak kami duduki hanya mendapati lelaki itu sudah tidak ada lagi..

Kejadian ini sungguh membuka minatku untuk mengkaji orang gila... Hahah.. Rasa ingin tahu aku membara... Mana tidaknya.. Aku pernah juga terbabit dalam kejadian begitu beberapa bulan lalu.. Tambahan lagi aku baru menghabiskan novel, Tautan Hati.. Ada juga percikan cerita tentang orang gila..Ouh ya, baru-baru ini juga kawan aku disahkan menghidapi penyakit gila.. Bayangkan lah!! Aku pun boleh jadi gila bukan?? Hmm..
Aku terjumpa sedikit petikan dalam lelaman yang aku layari..Penyakit sebegini dinamakan Skizofrenia iaitu.. penyakit gangguan mental..


Perkataan skizofrenia berasal dari schism iaitu perceraian atau perpisahan, sementara phrenia bermaksud pemikiran seseorang.Dalam erti kata lain, skizofrenia adalah suatu penyakit di mana bercerainya pemikiran yang waras seseorang daripada realiti kehidupannya.Kadangkala suara atau bisikan ini berlaku dalam bentuk percakapan antara seorang dengan seorang lain mengenai pesakit atau suara itu bercakap secara langsung dengan pesakit.

Keadaan pesakit ketika itu biasanya termenung atau berfikir sesuatu menyebabkan pesakit melayan suara-suara tersebut. Suara-suara yang berbentuk seperti suara manusia atau ditafsir oleh pesakit sebagai suara hantu, jin dan sebagainya. Ia boleh didengar tanpa mengira waktu, sama ada ketika berada di khalayak orang atau ketika bersendirian.Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita dapat melihat pesakit yang menghidapi penyakit ini akan bercakap bersendirian.


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 6:00 PG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah