sambungan....Aku bukan lah nak memberi suspen kepada para pembaca setiaku... Masakan mataku yang tak dapat bertahan ketika menaip waktu itu.. Oleh itu terpaksa lah aku mengikut nafsu tidur aku.. hahah... Baiklah... Aku bersama Ahmad.. Wahai pembaca setiaku... Ahmad, pemuda berumur 15 tahun.. jangan lah membuat andaian yang tak patut ye~ Nasiblah aku terkandas bersamanya.. dan bukannya dengan Abg Sheikh.. bayangkan... 6 jam bersamanya... Haiz~ mungkin kita dapat mengenal lebih rapat kot.. hee... Tak dapat lah~
Kedengaran suara latar dari lapangan terbang Istanbul.. Pesawat ke Brussel sudah pun berlepas.. Arghh!!! Aku tidak bermimpi.... Aku memandang Ahmad "Ahmad... Akak tak tau nak buat apa tau... beli tiket pun tak pernah, nak buat sekarang ni?? "Alahai.. Si Ahmad yang mempunyai wajah manis seakan memiliki kulit wanita terdiam sahaja ketika aku menjelaskan kepadanya.. Aku memintanya untuk menjaga barangku.. Dan juga menyuruhnya untuk duduk di tempatnya sehingga aku kembali dari tandas...Aku menuju ke kounter transit Istanbul.. Pekerjanya masyaallah.. tidak 'friendly' langsung.. Aku terpaksa menunggu selama 15 minit untuk giliranku.. Itu pun sebenarnya ada kounter yang kosong... mereka tidak mengambil endah akan kemunculan aku di situ, mereka mengharapkan aku sendiri ke hadapan..Aku masih menunggu..
Dalam keresahan..... Aku sempat membaca gerak geri seorang pemuda india yang bermisai dekat kounter hadapanku.. dia tampak segak dengan baju kotnya, aku percaya dia adalah ahli perniagaan... Dia melemparkan senyuman kepadaku.. mungkin wajah cemasku kelihatan sangat... Dia membuka perbualan dengan menanya dari mana aku datang.... seperti kilat yang menyambar... aku terus mengambil kesempatan emas ini untuk memintanya membantu aku... Aku menjawab "Sebenarnya aku dan kawanku ahmad terkandas 6 jam.. kami terpaksa menunggu pesawat seterusnya.. kumpulan kami sudah pun berlepas... boleh awak bantu saya cara untuk mendapat tiket ke brussel??"Pemuda India itu menyuruh aku memberikan kertas salinan tempahan tiket elektronik kepada salah satu pekerja yang sedang bertugas ketika itu.... Hah..Aku diberitakan bahawa aku akan bermalam di Lapangan Terbang Istanbul untuk semalam... Ya allah~ ujian demi ujian.. Aku bagaikan anak kecil dahagakan susu ibu, air mata ku hampir mengalir....
Aku berfikir sejenak.. Tidak mungkin aku akan bermalam di sini.. sedangkan tiket salinan elektronik itu termaktub bahawa tempat duduk kami sudah pun disahkan....Aku memanggil Ahmad menemaniku.... Aku ke kounter termasuk ini kali ketiga, aku berjumpa dengan pekerja yang lain.. Alhamdulillah , kini tiket sudah disahkan ada... Dia menyuruh aku tunggu sebentar sementara passport kami diambilnya... Terasa 15 minit bagaikan 30 minit... Maha lembab betul!! Payah benar untuk mendapat tiket ini... Pelik tau~ Sungguh lembab servis yang diberikan kepadaku... Akhirnya selamat tiket di dalam genggamanku...Aku sempat membeli belah di kedai dalam lapangan terbang Istanbul... Aku mendapat kupon burger king secara percuma oleh pemuda India tadi.. Nasib makanannya halal.. negara Islam katakan... Sementara menunggu pesawat kami... sempat lagi kami memesan Air di gerai Starbucks di situ.. Halal~ hee... Pembelanjaan kami semua ditanggung.. hee.. Abg yat memberi 50 Euro sebelum berlepas dahulu.. Selesai sudah aku menjamakkan solat zohor dan asarku.. Kami berehat seketika di hadapan kedai makan menjual makanan Turkey... Kami berdua terlelap.... Kira-kira sejam kami tidur di atas meja makan yang bulat itu.. Nasib~ Nasib~Jam menunjukkan pukul 1 petang.. Kami seharusnya berada di dalam bilik sebelum berlepas...kami bergegas.. Alhamdulillah.. selamat kami berlepas ke Brussel, Belgium tepat pukul 2 petang... 3 jam kemudian.. tibalah kami ke negara yang bakal ku bertanding nanti........................
Aku menuju ke imgresen.. Aku memberikan passport ku.... Polis itu bertanya.. "Kamu datang dengan siapa?" Jawabku.. "Kawanku Ahmad" Aku menambah.. "Kami ada pertandingan di sini, seni mempertahankan diri" aku menyesuaikan bahasa ku.. kerana mereka tidak mengenali SILAT.. 5 minit kemudian... "Sila ikut rakan saya.." jawab polis itu... Aku ditahan di dalam bilik polis... Aku kini di bilik tahanan... bersama Ahmad..bersambung
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:58 PG
Kata-kata Hikmah Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia