Aku berangkat ke Belgium dengan perasaan takut bergaul ghairah... Tepat pukul 11 malam aku berlepas dari Singapura, panggilan ku buat dengan hasrat untuk melafazkan salam perpisahan buat teman sejatiku tidak disambut olehnya.. Penat tahap maksima kot.. Hee.. Aku cekalkan hati untuk terus tabah menghadapi segala perkara yang mungkin menimpa nanti.. Kerana ini adalah kali pertama aku ke tempat yang jauh tidak berteman kan kawan-kawan wanita seperjuangan dalam dunia silat..Sebenarnya aku memang menjangkakan sesuatu yang buruk akan menimpa diriku waktu itu.. Entah mengapa perjalanan 12 jam dari Singapura ke Istanbul terasa begitu cepat berlalu.. Kerusi ku duduki terasa sempit, ku pusing ke kanan dan ke kiri namun aku tetap tidak dapat melelapkan mata.. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menonton cerita "happy feet" di depan skrin kecil yang terletak di belakang tempat duduk penumpang...
Sesampai di Istanbul, kumpulan silat singapura beramai-ramai bergegas ke kounter untuk mendapat kan tiket transit dari Istanbul ke Brussel... Kami cuma ada sejam sebelum berangkat!!Mataku kini semakin berat akibat tidak dapat tidur tadi.. Sedang ku belayar dalam dunia khayalan ku.. Kedengaran Suara Abg sheikh memanggil aku... Aku tersentak, dan menyahut panggilannya... Ahmad, pelajar sekolah sukan pun dipanggil juga.. Kami berdua tidak dapat berlepas bersama kumpulan ke Brussel.. kerana tidak cukup tempat duduk.. Kami terpaksa menaiki pesawat seterusnya 6 jam kemudian... Haiz~ Puas sudah guru silat aku cuba untuk mendapatkan tempat untuk kami.. tetapi takdir tidak menyebelahi kami... Aku ditinggalkan dengan sekelip mata sahaja.... Kumpulan kami terpaksa meninggalkan kami begitu sahaja kerana takut mereka pula yang terkandas.. Abg Hidayat.. Guru silatku memberi aku kertas salinan tempahan tiket elektronik.... Aku terpaku.......... Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan... Aku di negeri orang... bersama AHMAD.........................................................bersambung
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:57 PG
Kata-kata Hikmah Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia