<body>
Jumaat, Jun 22
Rabu, Jun 06, 2007


Ainul kau ni macam-macam lah... Peperiksaan sudah berlalu, sekarang kem pula.. suara jurulatih silat terngiang-ngiang. Ainul salah kah kau memilih untuk ke kem Rebutia. Fikir baik-baik, fikir habis-habis. Betapa berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Hati berbisik tanda cebisan sesalan. Silat. Sekolah. Mereka tak tahu hatiku, sudah berbelah bagi. Penyiksaan batin. Ainul siapa yang mampu bantumu. Sungguh ku tahu allah bersamaku, dan Dia tidak akan membebankanku jikalau aku tidak mampu.Ya, aku mampu.. Penat...Susah... jerih payah aku siapa tahu. Ainul, kasihanilah badan kau tu, sudah bertahun kau meletakannya di tempat berisiko. Kau tahu akan kemudharatannya. Urat-urat bersimpul, tulang keringberlekok, tangan berbiru berhitam, dada tersiksa, rusuk juga terasa. Aah.. usah lah kau merungut. Tapi kenapa kau lakukan juga? Bukan kerana nama, bukan kerana harga, bukan juga kerana leka. Tanggung jawab jawapannya~

Kem Rebutia meninggalkan kesan, memberi kau hidayah, memang keputusan yang payah, tapi di sini aku kenal susah, menahan rasa marah, aku tahu Ainul tak silap langkah.. bukankah kau menghargai ukhuwah? Katalah aku sombong... Nasi disinggah ulat, cuaca hujan petir.. kilat. Hutan gelap pekat. Aku terjerat. Sungguh kebersihan aku menitik berat.. Aahhh~aku tak dapat terima hakikat. Usah disebut kenapa, usah ditanya bagaimana, semuanya tiada pengganti. Akhirnya pasti kau akan mengerti...
Adakah kau menyesal, Ainul? Tidak, kenangan.. pengalaman.. jangan disimpan.. Aku akan sebarkannya.

Tiba satu hari nanti. Aku aku kenalkannya pada kawan-kawanku. Mereka perlu bimbingan. Hati kau sering inginkanterbaik untuk mereka. Mengutuk, berbual kasar, menikam dari belakang, bergaya, menunjuk-nunjuk, membazir, bergurau senda... Itu semua harta dunia sahaja dan yang hakiki adalah mati. Adakah cukup amalan kita? Untuk bertemu dengannya. Sungguh mereka tidak mengenal erti ukhuwah. Aku yakin mereka cuma leka, lalai, dan jahil.
Sungguh benar program belum bermula.................Aku ada misi.... Bantulah diri ini Ya Allah~
Tulisan Monolog.... Hahakz.. Maaf ye pembaca sekalian kalau tak faham gaya bahasa yang digunakan.. Saja nak cuba tulis cara penulisan monolog..


Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:58 PG




Kata-kata Hikmah
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia

bisikan..

bicara..




kenangan..




mereka..


'Adilah
Melayu
Sadidah
Suhailah
Solehah
Hidayah K
Hidayah A
Syafi'i
Wafi
Hafizah
Nadiah
Fatya
Adilah
Syahfyqah
'Alimah
Syafawati
Zahirah
Halim Hidayat
Tan Nurul
Aiesha
Muneeroah
Farahin
Zuliana
Rabiatul Adawiyah
Ramiza
Nurul Syahirah
Siti Zakiah
Aisyah
Marzuki
Nadiah
FatimahZahraa
Ariff
Ummi
Chacha
Maryna
Siti Fatimah