Jumaat, Jun 22
Khamis, Mei 17, 2007
Sambungan......Aku diarah untuk duduk di bilik itu bersama Ahmad.. Kelihatan Tilam Berlapuk bercadar coklat, tidak pula bertemankan bantal terbujur di lantai.. Biliknya sebesar ruang tamu HDB empat bilik... Aku memandang ke arah Ahmad sambil mengeluh.. "Apa lagi sekarang" aku membebel. Ahmad kelihatan letih dan tidak pula rasa ingin berbicara dengan aku...
Keresahan dan kegelisahan aku memang sesungguhnya sudah ke tahap maksima saat itu.. Aku sungguh buntu akan keadaan kami... Tetapi aku masih bijak bertindak untuk tidak mengikut nafsu marah aku ini dan berpaling ke arah positif pula... Aku menyangka dengan sangkaan yang baik.. Bisik hatiku.. Mungkin guru silatku menyuruh polis menahan kami..Namun... Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.. aku menuju ke arah polis dengan selambanya kemudian aku menyoal kepadanya.. "Mengapa aku di bawa ke sini??"Polis itu memandang tajam ke mataku.."You ara not allowed to pass the immigration!"Ya Allah~ Maha terperanjat aku dibuatnya... Sangkaan baik ku hancur dibuatnya.. Kini aku mula berasa cemas..
Aku terus menelefon guru silat ku.. Abang Hidayat...Hmmmm.. Dalam kejutanku.. Dia sendiri tidak tahu menahu akan keadaan kami.. Dia hanya meninggalkan pesanan kepadaku untuk menunggu di tempat luar imigresen sehingga Abang sheikh tiba untuk menyambut kami nanti.. "Aku rasa mereka sangka kau salah satu anggota J.I kerana kau pelajar madrasah" katanya sambil ketawa.Aku pulang kembali ke tempat dudukku...bersama Ahmad kini ialah seorang lelaki berkulit hitam yang juga ditahan.. Aku menerangkan segalanya kepada Ahmad.. Tiba-tiba nama kami dipanggil oleh ketua polis untuk masuk ke biliknya... Puas sudah aku memberi penjelasan tentang tujuan kami ke situ.. Namun mereka masih lagi tidak percaya.. Aku menta'kid kan lagi dengan mengatakan kejohanan ini bukan sahaja diwakili Singapura.. malah Malaysia.. Indonesia.. Netherland.. France.. Germany dah banyak lagi... Mungkin mereka tidak percaya kerana aku tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pesilat.. mungkin dari gerak geri atau dari pakaianku ini.. Tetapi kalau difikir secara logik.. memang aneh untuk bertemu dua remaja singgah ke negara barat untuk kejohanan silat terbuka... hahaha.. tambahan lagi mereka tidak tahu apa itu SILAT...Ketika saat getir itu.. Aku seakan ingin membuka langkah menunjukkan kebolehan aku sahaja..masakan aku tidak mampu.. Aku lemah...
Hmmm, aku menelefon sekali lagi guru silat ku.. kini tujuanku ialah untuk diberikan sahaja kepada polis itu supaya mendapat penjelasan darinya.. Kedengaran suara nyaringnya menjelaskan segalanya.. Suaranya ditinggikan pula kerana polis itu meminta bukti atau surat jemputan untuk kejohanan ini dan guru silatku menafikannya... Kejohanan ini bukanlah besar mana yang hendak disebarkan satu Belgium... Tentu sekali mereka tidak ada surat jemputan...Setelah itu, aku dipanggil untuk ikut bersama seorang polis wanita untuk ke tempat imigresen.. Ahmad terpaksa ku tinggalkan berkawan dengan tilam berlapuk itu..Hee..Aku disuruh mencari Abang Sheikh.. Katanya jikalau aku menjumpainya mereka ingin menyiasat tentang kejohanan ini sama ada disahkan atau tidak dari pihak polis..Keadaan aku seperti nyawa ikan.. apabila mendapati abang Sheikh tidak kelihatan di situ.. Aku pulang kembali ke bilik tahanan tadi berbekalkan perasaan marah dan hampa.. Aku duduk sambil memerhatikan lelaki kulit hitam tadi..Lima belas minit sudah pun berlalu..
Pertolongan dari Allah dikurniakan kepada kami..Kelibat polis kelihatan..Kami dibebaskan..Alasannya.."I saw the official website on the net on this Championship""You are free to go""Good luck you guys!"Aku dibebaskan bagai burung yang terbang dari sangkarnya...Perasaan gembira tak terhingga.. masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sinis polis itu..Alangkah mudah jikalau dia membenarkan sahaja aku melepasi imigresen dengan mempercayakan segala penjelasan benar aku itu.. Sungguh ianya memberi kesan kepadaku.. Dengan memuji kesabaran dan meraih pengalaman yang pahit dalam diriku..Ketika menantikan tiket transit ke Brussel...
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:58 PG