Jumaat itu.. Aku tidak pulang ke rumah... Pada mulanya aku begitu berat hati untuk ke pantai pasir ris.... Rakan-rakan silat national aku mengajak aku untuk berkelah di situ.. Ramai pula yang datang.. Hingga mencecah lebih dari enam puluh orang, yang tidur di sana pula kira-kira dalam 40 orang.. paling kecil hanisha, umurnya baru sembilan tahun.. chomel~ pandai bersilat tau!!Aku mengambil ayam yang dipanggang terdahulu sebelum berbuat apa-apa setibanya di situ.. hee.. Lapar lah... Perjalanan dari stesen mrt Pasir ris ke tempatnya mengambil masa empat puluh minit, bayangkan lah.. macam nak tercabut kaki... hish.. Makanan yang disediakan pun sungguh menyelerakan.. makanan ringan pun ada.. yummy~Kekenyangan yang aku rasai bagaikan orang berbuka puasa hari pertama... Ahakz... Maklum lah sudah dua minggu dalam kem latihan menjamu makanan diet.. ayam dan ikan dori yang tidak berperisa langsung itulah menjadi juadah harianku...
Ya Allah~ nikmat betul apabila dapat makan seperti biasa... Aku makan semuanya yang ada!Bulan penuh kelihatan...bersama bintang-bintang berkelipan.... Jam menunjukkan dua belas pagi... tetapi suasana di situ amat riuh sekali.. hmm.. mereka sendang seronok bermain 'rounders' ala 'baseball'... Aku tidak merasa ngantok pun.. Duduk di tepi melihat kanak-kanak.. makcik-makcik dan rakan-rakan bermain cukup membuat hatiku riang.. Akhirnya aku pun bermain bersama...Seronok gitu... heeeSetelah letih semua... Kawanku Dinni.. Memanggil ku.. "Ainul, nak ikut tak pergi nightwalk?" aku terpaku seketika.. waktu dah larut malam.. Aku yakin 'nightwalk' yang disebutkan itu bererti menburu hantu... aku dengan cekal hati menjawab "boleh lah"Pendek cerita.. Ramai yang ikut memburu dalam tiga puluh orang begitu... hantu pun lari.. haha.. tetapi aku akui juga.. tempat kami memburu "swamp area" memang seram... Dan juga "maze" itu berhantu... Kerana kawan ku Hidayat.. Mempunyai kuasa untuk melihatnya... dia sendiri menunjuknya kepadaku... tetapi aku masih tidak dapat melihat.. waktu ramai yang sudah pulang ke khemah.. cuma beberapa sahaja yang di belakang... Hidayat, Azri, Fazlin dan Raihan yang ternampak hantu pocong yang diikat lima (tali yang diikat untuk jenazah perempuan) itu berada di belakang papan tanda berdekatan jembatan sedang memerhatikan kami semua.. Jumlahnya sebanyak tiga kalau tidak silap..
Kesimpulannya.. Aku tidak dapat melihatnya!!! Dan aku pun tidak mahu melihatnya..Pengalaman ini memang harus diceritakan.... Semasa rehat sebelum pulang dari "Nightwalk" kedengaran suara rakan-rakan aku ketawa pecah perut secara tiba-tiba.. Rupa-rupanya, mereka menghidu "laughing gas" sejurus membuat mereka tidak tahan untuk berhenti ketawa.. Aku pun ingin cuba... Aku memintanya.... Aku menghidunya sehingga tebatuk-batuk dibuatnya... kawanku menyuruh menghidunya lagi... Kali ini.. aku terasa mabuk dengan sekelip mata... Maha Mabuk tau!! Dunia ini berpusing seketika... Aku mengomel.. " Hoi korang! Aku rasa mabuk lah!!" "Dah nak jadi tu!! Kau hidu lagi" Aku pun menghidunya.. kali ini aku mengambil nafas panjang dan terus menghidunya lama..... Dalam terkejutnya aku... Badan aku mula terasa keras... Aku rasa bagai terpacak di bangku yang sedang ku duduki.. Mata aku melihat ke arah depan sahaja... aku tidak boleh bergerak walau mengangkat jari pun! AKU TIDAK BOLEH BERGERAK!! tetapi aku boleh mendengar suara kawan-kawanku... Seminit berlalu.... Kini mataku tertutup.. Tanganku dua-dua melekat di atas paha seperti orang sedang bersanding.. tiba-tiba.. tangan kanan ku jatuh lemah longlai dengan perlahan sekali.. diikuti kepalaku yang tegak tadi melihat kearah depan terjatuh kebelakang sehingga menyandar atas bangku.. dan akhir sekali tangan kiri ku, sama juga terjatuh ke arah kiri secara perlahan... OTAK KU TIDAK BERFUNGSI kecuali deria telinga ku tetapi masih bernafas.... Aku sememangnya tidak sedarkan diri... Sehingga berkali-kali disepak-sepak oleh Dinni.. "Eh.. Reaction dia ni lain sikit lah korang"Aku sedar lima minit kemudian...... Terasa pijar pipiku dek sepakan dari Dinni.. sakit betul lah... heee.... keesokkan hari aku meminta botol kosong penyembur "laughing gas" dari kawan aku...Menyesal tak sudah.. Rupa-rupanya... Benda itu disembur untuk kaki yang bengkak!!! Masyaallah~ aku tertipu!!
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi 12:56 PG
Kata-kata Hikmah Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia